Sunday 18 August 2013

Cara Elak Meniru Dalam Peperiksaan Universiti Yang Pelik


Elak Meniru Dengan Cara Yang Murah

Biasanya meniru dalam pepriksaan dilakukan dalam pelbagai cara. Namun begitu, di Malaysia jarang dengar pelajar meniru dalam peperiksaan tambahan pula pada peringkat universiti. Di negara Thailand, sebuah universiti telah mempraktikan satau cara untuk mengelakkan pelajarnya meniru iaitu dengan memakai penutup kepala. Apa yang pasti, langkah ini menunjukkan bahawa kepercayaan sistem pendidikan di Thailand boleh dipertikaikan. Sebenarnya, peperiksaan adalah untuk menguji kefahaman dalam bidang yang kita pelajari. Walaupun begitu, terdapat segelintir pelajar yang inginkan kelulusan yang baik kerana mereka memgang kepada status keputusan pepriksaan akan mempengaruhi bidang pekerjaan nanti. Sebenarnya, peperiksaan adalah ujian kefahaman semata-mata. Kita akan berjaya apabila dapat melaksanakan apa yang kita pelajari iaitu praktik lebih baik daripada menulis dalam kertas. Tetapi sistem pendidikan di dunia ini memerlukan keputusan PNGK yang baik. Jadi alasan meniru tidak akan salah walaupun menipu.


Kenyataan akhbar petikan daripada kosmo mengenai pelajar memakai penutup kepala elak meniru.

BANGKOK – Pihak pengurusan sebuah universiti di Thailand mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan sejenis penutup kepala khas bagi menghalang pelajarnya meniru dalam peperiksaan. Penutup kepala itu diperkenalkan bagi menghalang calon yang menduduki kertas peperiksaan daripada mencuri pandang kertas peperiksaan rakan mereka. 

Hiasan aneh itu diperbuat daripada dua helai kertas saiz A4 yang disambung menggunakan dawai kokot untuk dipakai di kepala. Penutup kepala itu telah digunakan oleh hampir 100 pelajar yang menduduki peperiksaan di Universiti Kasetsart, ibu kota Thailand di sini pada Rabu lalu. 

Dalam pada itu, seorang pakar pendidikan, Somphong Chitradub menyatakan, pemakaian penutup kepala itu membayangkan bahawa penipuan berleluasa dalam sistem pendidikan Thailand. “Sudah menjadi lumrah pelajar di negara ini membantu rakan-rakan lain dengan membenarkan mereka meniru,” katanya. – AFP

Mungkin selepas ini boleh diparaktikan di Malaysia kerana dengar-dengar pelajar Malaysia pun suka meniru. Apa yang pasti, puaskah hati anda apabila meniru. Hanya anda sahaja dapat memberikan jawapan tersebut. Walaupun markah tinggi gila atau gred baik gila, tetapi dengan di atas sana anda tidak mampu berbohong.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online