Friday 30 August 2013

Batu Kuari Menimpa Guru Dan Murid


Kejadian di Chuping Perlis ini megakibatkan seorang guru dan 14 orang murid tercedera. Kes seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Pihak yang menjalankan kerja-kerja memecahkan batu seharusnya maklum bahawa sekolah berhapiran bukit dan murid-murid belajar di situ. Apakah tindakan ibu bapa sekolah itu atas kejadian yang berlaku. Diharap, pihak berwajib dapat memantau kegiatan kuari tersebut. Jangan kita kehilangan nyawa baru tergadah nak ambik tindakan.


Kenyataan akhbar Utusan Online:

PADANG BESAR 30 Ogos - 15 cedera termasuk seorang guru di Sekolah Kebangsaan Chuping, dekat sini apabila bongkah batu yang terpelanting akibat kerja meletup batu sebuah kuari di Chuping, di sini pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Seorang Guru Pendidikan Islam, Norhayati Mat, 35, berkata, dia bersama beberapa orang guru sedang bertugas dalam pertandingan mewarna kemerdekaan untuk pelajar tahun satu hingga lima di dewan berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku. - UTUSAN ONLINE

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online