Friday 30 August 2013

Bapa Dibunuh Kerana Dera Ibu Secara Seksual


Seorang anak mungkin sudah tidak dapat lagi menahan kemarahan apabila melihat ibunya asyik didera secara seksual. Lalu dia bertindak nekad dengan membunuh bapanya sendiri. Kejadian ini menyebabkan ibunya telah dipulau oleh keluarga sebelah bapa. Anaknya yang berusia 15 tahun tidak lagi dipedulikan keluarga sebelah bapa. Mereka tidak mahu menjamin dan membantu. Lantas , wanita terbabit keluar dan pulang meminta bantuan keluarganya sendiri.

Kenyataan akhbar: 


BHOPAL - INDIA. Seorang wanita dipulaukan ahli keluarga sebelah suami selepas anak lelakinya yang berusia 15 tahun membunuh suaminya kerana mendera wanita itu secara seksual di Mandla dekat daerah Madhya Pradesh.


Remaja lelaki itu, Dharmendra dan dua orang adik-beradik perempuannya yang berusia 14 dan 19, kini ditahan polis kerana membantu melupuskan mayat bapa mereka.


Walaupun ketiga-tiga remaja berkenaan telah dituduh membunuh dan dibenarkan diikat jamin, namun mereka terpaksa terus kekal dalam lokap kerana tiada siapa tampil untuk mengikat jamin.


Menurut seorang pegawai kerajaan, Rajkumar Jhadia, bukan hanya keluarga suaminya memulaukan wanita berkenaan, malahan seluruh kampung kini tidak lagi menegur sapanya.


"Tiada seorang pun daripada adik-beradik si mati mahu menjamin anak-anak wanita itu malahan gagal mencari sesiapa sahaja sebagai penjamin bagi ikat jamin ," kata Jharia . "Wanita itu telah keluar dari rumah ibu mertuanya dan kini sedang mencari tempat tinggal lain," katanya.


Wanita itu dilaporkan telah pulang ke rumah bapanya di Binori dan abang-abangnya sedang berusaha untuk mengumpul wang jaminan. Sementara itu, pihak polis masih belum memfailkan kertas pertuduhan.


Ketua balai polis Damini yang bertanggungjawab, Arvind Tiwari berkata, "wanita itu melawat balai polis sekali dan memberitahu dia telah dipulaukan dalam undang-undang .

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online