Saturday 17 August 2013

Anda Boleh Cari Saiz Coli Menggunakan Iphone



Zaman yang serba canggih ini kita boleh sahaja membeli barang-barang yang kita mahu. Hanya di hujung jari, barang dapat dihantar ke rumah kita. Begitu juga dengan saiz coli yang boleh dipilih melalui Iphone sahaja. Jika anda malu untuk memberitahu saiz coli anda, cuma melalui iphone anda sudah boleh membeli coli idaman anda. Tidak mustahil selepas ini ada pula yang menjual saiz seluar dalam melalui telefon pintar. Zaman serba canggih ini makin mendepani manusia.

Kenyataan akhbar mengenai pilih saiz coli melalui I phone

Los Angeles: Mencari saiz coli yang betul sering menjadi masalah di kalangan wanita, termasuk mereka yang sering membelinya.

Dengan terlalu banyak pilihan di pasaran dengan coli pelbagai bentuk, gaya dan saiz, tidak mengejutkan apabila hasil kajian baru-baru ini mendapati 85 peratus wanita memakai coli yang silap saiz.

Bagaimanapun, aplikasi baru, rekaan saintis NASA mendakwa dapat menyelesaikan masalah itu dengan mengira saiz coli seorang wanita hanya dengan mengguna iPhone.
ThirdLove yang sudah menarik pelaburan berjumlah RM17 juta daripada pelabur, berfungsi dengan merakam dua gambar pengguna mengguna coli.


Aplikasi itu kemudian menyiarkan data tiga dimensi daripada gambar dua dimensi yang dirakam anda dan mengira ukuran coli yang tepat.


Dengan menggunakan suara latar wanita, aplikasi itu kemudian mencadangkan coli dan seluar dalam yang perlu anda beli yang mereka dakwa akan muat seperti anda memakai sarung tangan.
Aplikasi itu diasaskan oleh Dave Spector dan saintis kanan NASA Ara Nefian. - Agensi

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online