Sunday 18 August 2013

Aidil Tendang Isteri Macam Bola?



Itulah tajuk hiburan yang hangat pada minggu ini. Kita biasa melihat seorang pegawai Veterinar yang melepaskan kemarahan terhadap  isterinya di dalam lif. Jika kita ingat lagi bagaimana perbuatan pegawai terbabit, makanya tidak mustahil berlaku perkara yang sama antara selebriti terkenal tanah air iaitu Adil dan Rita Rudaini. Namun begitu, bagi penulis Rita sepatutnya tidak menceritakan aib seorang suami. Biarlah mereka berdua sahaja yang mengetahui apa yang berlaku. Kes pegawai veterinar itu pun berlaku disebabkan CCTV dalam lif . Jika tidak, siapa pun tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua. Hanya anak-anak sahaja yang tahu.

Satu lagi tentang kemelut rumahtangga Aidil dan Rita ini, menunjukkan mereka sudah tidak sefahaman lagi. Eloklah mereka berpisah kerana berpisah itu lebih baik daripada berlakunya perkara yang tidak elok. Justeru, eloklah kiranya Rita tidak mengeluarkan kenyataan mengenai Aidil dan bapanya cetek agama, kerana perkara ini boleh mengaibkan diri bekas suami dan bekas bapa mentua. Orang ramai tahu siapa yang cetek agama dan tinggi agama mereka. Tahniah kepada mereka berdua kerana berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangga mereka selama ini.


Kenyataan Rita dalam Berita Harian mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Kemelut perkahwinan yang dilalui aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar, 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan Abd Razak, 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Tiada apa yang dihairankan, rumah tangga mereka sudah lama bergegar dengan pelbagai kontroversi, malah Aidil juga sudah lebih dua tahun meninggalkan Rita dan anak-anaknya yang masih kecil.
Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.


Biarpun diceraikan pada hari baik, bulan baik, tiada apa yang nak dikesalkan, Rita mahupun dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa nakhoda keluarga. Baca seterusnya di sini.....

Kepada mereka berdua, teruskan kehidupan yang ada dan cari kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Hidup perlu diteruskan.
 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online