Tuesday 20 August 2013

Adi Putera Kini Berada Di Hospital Surabaya


Pagi tadi 19 Ogos 2013, Adi  Putera dikatakan dimasukkan ke wad kecemasan. Memang benar beliau dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat, namun di Surabaya Indonesia. Belaiu berada di sana atas urusan kerja. Kepada Adi Putera, kerja-kerja juga, kesihatan harus diutamakan.

Petikan Akhbar Mengenai Adi Putera berada di Hospital Surabaya:

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pelakon popular Adi Putra, 32, dimasukkan ke hospital hari ini berpunca daripada bebanan kerja dan kurang istirehat. Pelakon dan pengarah filem Suami Aku Ustaz itu bukan dimasukkan ke hospital tempatan tetapi sedang menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Surabaya, Indonesia.

Menurut Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul, pelakon tersebut berada di sana bagi menjalani klip video untuk lagu yang bakal dimuatkan dalam filem Suami Aku Ustaz.

"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya 

hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," kata presiden kelab peminat pelakon itu kepada Utusan Online hari ini. 

Turut berada di sisi Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
adalah isterinya, Zuhaidah Yusof, 38. - UTUSAN ONLINE

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online