Friday 16 August 2013

6 Masa Terbaik Untuk Bercinta



Setiap orang ingin bercinta dan disayangi. Justeru di sini terdapat 6 waktu terbaik apabila anda ingin bercinta atau merasai perasaan bercinta. Kemungkinan artikel ini dapat membantu anda di saat  anda sedang mencari cinta.


Artikel yang dipetik dari kompas.com

Masa atau timing merupakan hal yang penting dalam segala hal. Masa juga menjadi hal yang krusial ketika menyentuh soal seks. Anda mungkin tak menyedari jika ada hari-hari, bulan, atau tahun terbaik untuk tujuan kenikmatan seksual.Agar anda dan pasangan dapat menikmati kehidupan seks yang lebih memuaskan, kini saatnya anda menyibukkan diri menjadualkan seks yang bergelora ....1. Ingin orgasme menakjubkan?

Ini mungkin terdengar berlawanan dengan intuisi, tapi ada kemungkinan besar untuk mengalami orgasme sebelum anda mendapatkan haid. Menurut Laurie Watson, seorang terapis seks, dan penulis buku Wanting Sex Again, "Ketika darah terkumpul di rahim, dan membuatnya terasa berat, kontraksi membuat orgasme menjadi lebih terasa. Rangkaian klitoris serta labia cenderung lebih sensitif ketika sedang mempertahankan cecair. Yakinkan diri untuk melakukan seks, bahkan ketika anda merasa kesal dan tidak selesa. Ini akan menghibur anda secara tepat, "ungkap Watson.

2. Ingin seks lebih tahan lama?

Masa terbaik untuk mendapatkan seks yang lebih tahan lama adalah ketika anda dan pasangan di tengah cuti hari raya atau tahun baru. Seks yang tahan lama, kebanyakan didapati ketika anda dan pasangan sedang tak berkutat masalah pejabat.

"Jika anda tak mempunyai tekanan kerja, anda boleh menghabiskan berjam-jam bersama pasangan. Akan lebih mudah untuk mendapatkan seks yang menyenangkan dan tak terburu-buru, "ungkap Terence Watts, seorang psikoterapis khusus masalah psikoseksual yang berpusat di Inggeris.

Masih menurut Watts, anda boleh memulakan dengan sebuah undangan hangat berupa rayuan kepada suami di pagi hari. Lalu, buat banyak kenalan mata dengan si dia saat makan bersama.


3. Ingin membuat si dia menjadi liar?

Mungkin anda tak sedar, lelaki kerap terbangun dengan ereksi. Hal ini diungkapkan Amy Levine, seorang seksolog yang berpusat di New York City, dan pengasas IgniteYourPleasure.com. Ketimbang membuatnya menunggu sepanjang hari, atur penggera anda selama 10 minit sebelum bangun pagi. Ini akan menjadi sebuah quickie (seks kilat) di pagi hari.

"Semakin bertambah usia perempuan, mereka cenderung lebih sering lelah di malam hari sehingga seks kurang memuaskan. Anda akan mendapat lebih mempunyai tenaga untuk seks di pagi hari. Jadi, cubalah! "Ungkap Levine.

4. Ingin lebih percaya diri di ranjang?

Sebuah kajian di University of Florida menunjukkan, orang yang bersenam (kendati tak begitu keras) akan mendapatkan daya tahan dan rasa percaya diri layaknya orang-orang yang bugar. Jadi, jika anda ingin memperbaiki prestasi seks di ranjang, bersenam lah dari sekarang. Bersenam akan membuat anda lebih percaya diri dan lebih bebas di ranjang. Bahkan anda dapat bercinta dengan lampu menyala!

5. Ingin seks di tengah kesibukan?

Jadwalkan dating malam di hujung minggu! Ketika anda dan pasangan tak mempunyai komitmen kerja dan keletihan, anda tak perlu meninggalkan rumah untuk berkencan. Pasang muzik lembut, pesan makanan untuk makan malam dan ambil rehat bersama-sama. Pertimbangkan untuk meminta tolong teman atau saudara mengajak anak-anak jalan-jalan bersama mereka, lalu atur sebuah aktiviti seks yang menakjubkan. "Fokuslah pada kualiti berbanding kuantiti," saran Watts.

6. Keluar dari "rutin seks"?

Semakin bertambahnya usia perkahwinan, biasanya anda dan pasangan semakin sukar kreatif di atas ranjang. Katakan, anda selalu bercinta dengan gaya mubaligh setiap Sabtu malam. Ini tentu boleh menimbulkan kebosanan. Sesekali, atur penggera untuk bangun pukul 03.00 pagi, lalu ajak pasangan bercinta dengan gaya-gaya baru.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online