Tuesday 6 August 2013

5 Pelajar Samun Kedai Serbaneka


Gambar Hiasan
 Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Kinrara dan Shah Alam sehari kemudian.

"Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menyamun termasuk sebuah Perodua Kancil, empat penutup mulut, dua pisau dan satu tukul besi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kenyataan di atas menunjukkan bahawa tugas seorang guru hari ini lebih mencabar kerana melalui perbuatan di atas jelas menunjukkan bahawa guru tidak membentuk akhlak pelajar. Benarkah begitu? Guru hari ini sudah kehilangan kuasa akibat campur tangan golongan atau ahli politik dalam sekolah. Kes sebegini cukup banyak sekarang. Pendidikan adalah aset yang sangat penting dalam membentuk jati diri pelajar. Namun demikian, banyak pihak yang cuba menjadi hero terutamanya ahli politik sehinggakan kuasa guru di sekolah semakin berkurangan. Jika dilihat pada tatacara melaksanakan disiplin sekolah, guru sudah tiada apa-apa lagi keistimewaan walaupun begelar guru disiplin. Makanya akan lahirlah golongan seperti ini dalam masa mendatang. Persolanya, salah siapa. Guru lagikah?

Kenyataan akhbar utusan mengenai lima pelajar yang ditahan samun.
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis menahan lima pelajar lelaki setelah dipercayai menyamun sebuah kedai serbaneka di Sri Hartamas di sini Khamis lepas.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Aida Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 19 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Kinrara dan Shah Alam sehari kemudian. 

"Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menyamun termasuk sebuah Perodua Kancil, empat penutup mulut, dua pisau dan satu tukul besi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata mereka aktif menyamun sejak sebulan lepas dan dipercayai menumpukan kepada beberapa kedai serbaneka di sekitar Lembah Klang. 

"Kesemua suspek bersekolah dan belajar di kolej di Shah Alam dan Subang. Mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.Berikutan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelasaikan enam kes samun kedai serbaneka di sekitar Bandar Kinrara dan Kelana Jaya. 

Kesemua suspek direman lima hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan.Sementara itu, polis menahan dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sekitar Lembah Klang, semasa rondaan di Bangsar pada Sabtu lepas. 

"Polis turut merampas satu alat renjatan elektrik, satu pistol palsu, tiga telefon bimbit jenama Samsung, satu Galaxy Tab dan tiga keping surat pajak gadai."Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tiada rekod lampau dan saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu," kata Aida. Kes disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - BERNAMA

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online