Monday 5 August 2013

250000 Pengikut Syiah Di Malaysia


Kementerian dalam negeri menganggarkan pengikut Syiah di Malaysia seramai 250000 orang. Bilangan pengikut Syiah makin bertambah dan di setiap negeri ada markas atau pusat untuk penyebaran ajaran Syiah ini. Jika pembaca belum pernah melihat cara pengikut ajaran Syiah sembahyang, penulis akan paparkan di blog ini. Sumber daripada you tube boleh menjadi tontonan kita bagaimana ahli Syiah ini sembahyang. Adakah syariat Islam mahu kita melakukan sebegitu. 

Selain itu, pengikut Syiah ini dikatakan daripada golongan yang profesional. Jika demikian, kita takut golonganini akan menyebarkan ajaran mereka dan kekuatan ekonomi kereka memungkinkan ajaran ini cepat berkembang. Seperti hari ini , ledakan teknologi maklumat telah menyebabkab ajaran Syiah ini semakin berkembang luas. Penulis suatu ketika dahulu meminati seorang novelis muda atau sebaya dengan penulis. Pada awal usianya, beliau memang sangat kreatif berkarya. Namun, lama kelamaan penulis dapati, gaya penulisan beliau terarah kepada satu golongan yang amat dipujaanya. Justeru, belaiu adalah golongan profesional. Tidak perlulah penulis sebut namanya, mungkin benar atau tidak telahan penulis. Hanya belaiu sahaja mampu menjawabnya.

Berbalik kepada gerakan Syiah ini, terdapat sepuluh gerakan yang sangat aktif di Malaysia. Penulis sekarang sedang belajar di salah sebuah universiti yang ramai pelajar asingnya dari bangsa Arab dan golongan Syiah. Bila kita selalu berada dalam kelompok mereka, dapatlah kita amati dan lihat neginilah cara hidup golongan Syiah. Mungkin sifat sembunyi mereka atau ada agenda tersendiri menyebabkab mereka menyembunyi ciri-ciri ajaran mereka. 

Justeru, pihak ini boleh dibendung dengan syarat semua orang memainkan peranan. Biasanya barah akan cepat merebak. Begitulah golongan Syiah ini yang pantas merebak di bumi Malaysia. Kita semua tahu, Syiria berlaku peperangan akibat ajaran Sunni dan Syiah yang tidak sehaluan dan golongan Syiah menganggap darah saudara mereka daripada golongan Sunni adalah halal. Makanya, Syiah harus ditolak jika itu matlamat mereka dan ternyata golongan ini adalah golongan yang sesat. Yang hairanya, ada yang bergelar doktor atau pakar dalam sesuatu bidang, namun masih lagi mempercayai ajaran ini. Persoalanya, salah siapa?

Boleh baca kenyataan akhbar Kosmo mengenai 250000 pengikut Syiah di Malaysia.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri. Baca lagi....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online