Monday 29 July 2013

Tanda Putera Lawan Kampung Baru


Sebuah filem perjuangan PKM diluluskan dan akan ditayangkan sedangkan Tanda Putera telah tertangguh penayanganya selama beberapa kali disebabkan faktor tertentu. 

Petikan daripada akhbar berbunyi begini;
Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.Sehubungan itu blog berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Baca seterusnya,

                                                 Trailer Filem The New Village

                                            Trailer Filem Tanda Putera

Jika diluluskan penayanganya, pergilah lihat filem yang anda suka. Jangan jadi double standard dalam segala hal. Kita yang membeli tiket dan akan menontonya nanti. Buat refleksinya secara jujur.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online