Sunday 28 July 2013

Sumpah Singh Dengan Kitabnya Tentang Altantuya


"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu."Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang disiarkan hari ini.

Itulah kata-kata arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl. Beliau merupakan salah seorang yang terlibat dalam pasukan rundingan pembelian scorpene. Kes ini telah lama melibatkan seorang model dari Mongolia. Kepada anda yang tidak gemar membaca akhbar ini, silakan membaca cerita mengenai pembelian kapal selam Scorpene di sini.

Sumber: Utusan Malaysia

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online