Monday 8 July 2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL ( MMI)


Apakah yang anda faham mengenai Instruksional. Sejak akhir-akhir ini perkataan ini menjadi sebutan terutamanya dalam kalangan guru-guru di Malaysia. Melindungi masa instruksional pada hemat penulis diperkenalkan adalah untuk menjaga masa pengajaran guru-guru supaya guru dapat mengajar di dalam kelas dan tidak melakukan perkara lain kecuali mengajar sahaja. Tetapi pelaksanaan MMI ini telah menyebabkan kebanyakkan guru-guru merungut kerana masa yang terlalu panjang perlu dihabiskan di sekolah. Guru-guru perlu pergi berkursus di luar waktu pengajaran. Misalnya bermula kursus pada waktu petang sedangkan guru perlu juga berehat setelah mengajar di waktu pagi. Kekangan masa guru juga perlu dilihat dalam melaksanakan MMI ini. Kita tidak boleh membandingkan MMI sektor swasta atau kerajaan lain kerana bidang perguruan ini melibatkan manusia. Misalnya, guru perlu menghadiri kursus selama berminggu-minggu pada waktu petang atau hujung minggu. Melindungi masa instruksional telah mencuri masa guru tersebut untuk berada bersama-sama keluarga. Biasalah...guru ini dikatakan menjaga anak orang lain sehingga berjaya sedangkan anak sendiri terabai. Justeru itu , perlu dikaji semula pelaksanaan MMI dalam bidang pendidikan.Jangan sudah terlampau teruk baru hendak kita berhenti melaksanakanya.  Kepimpinan Keatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan ( NUTP ) dalam buletin April 2013 mahu supaya Melindungi Masa Instruksional ( MMI ) dikaji semula dengan mengambil kira aktiviti sukan dan ko-kurikulum. Pelajar tidak boleh sentiasa bersukan pada waktu petang. Ini juga akan menjejaskan prestasi sukan juga. NUTP telah mengemukakan kertas cadangan untuk menambahbaik MMI ini. Tetapi , mengapa semasa ingin melaksanakan MMI ini dahulu tidak mengambil pandangan NUTP atau guru guru di sekolah. Makanya, MMI perlu dinilai semula. Zaman 80an dan 90an pendidikan dinegara kita adalah yang terbaik rasanya. Jangan mengikut negara orang yang negara kita tidak sesuai menggunakanya. Banyak benda perlu dikaji dan diambil perhatian jika ingin mengikut negara-negara lain dalam bidang pendidikan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online