Monday 15 July 2013

Melamar Wanita Dengan Cara Yang Unik

    

Proses lamaran selalu menjadi momen yang menegangkan dan sekaligus mengharukan. Salah satu yang unik adalah lamaran menggunakan video dan mengajak pelakon idola untuk turut serta.Inilah yang dilakukan Matt Hulbert. Lelaki  Inggeris berusia 35 ini membuat video lamaran khusus dengan mengajak pelakon Zach Braff yang merupakan idolanya dan juga disukai oleh pasangannya Janice Fletcher.
     Dalam video berdurasi empat minit itu, Matt membuat lamaran dengan mengajak serta banyak orang, khususnya orang-orang yang punya hubungan dengan Janice. Dan pelakon Zach Braff, yang terkenal berkat siri Scrubs itu menjadi pembuka adegan.Zach menyapa dan menyampaikan maksud dari pembuatan video yang tak lain ajakan dari Matt untuk menikahi Janice. Tetapi sebelum bersetuju, Janice perlu melihat sesiapa saja yang menginginkannya untuk tidak menolak lamaran Matt.

   Di video lalu tampil beberapa orang rakan-rakan , kerabat dan keluarga yang masing-masing mengusung papan bertuliskan 'say yes' dengan gaya yang berbeza-beza. Bahagian yang paling manis adalah ketika binatang peliharaan pun memegang papan yang sama. Dibantu temannya yang bekerja di private jet dan berkesempatan mengelilingi Eropah, mereka juga mengusung 'say yes' dalam pelbagai bahasa.
     Dengan bantuan dari semua pihak, rakaman video lamaran ini menjadi sangat mengharukan. Apalagi Matt tahu benar dengan melibatkan keluarga Janice di Amerika Syarikat yang sudah tujuh tahun tidak dia temui sejak merantau.


"Saya ingin Janice tahu bahawa bukan  hanya saya yang mencintainya, tapi juga semua orang, teman, dan keluarga," katanya.
     Gagasan pembuatan video ini berawal dari hal yang sederhana. Suatu hari, kata Matt, dia melihat di media sosial facebook, Zach Braff sedang terlibat dalam pembuatan filem bebas dan mengumpul dana. Dengan turut serta mengambil bahagian maka ia berkesempatan untuk beramah mesra , tanda tangan poster atau lain-lain. Matt lalu meminta Zach untuk membantunya tampil dalam video lamaran yang dia siapkan.
Beruntungnya,  Zach bersetuju. Maka saat itu juga ia merakam bahagiannya dan menghantarnya pada Matt untuk menyelesaikan sisa lain.
"Saya ingin membuat lamaran yang luar kebiasaan dan ingin dia menjawab Ya," tegas Matt.
  Lelaki yang juga pemuzik ini mengaku menyiapkan video ini untuk peringatan tiga tahun hari jadi hubungannya. Pembuatannya dilakukan secara diam-diam tanpa diketahui Janice. Sebagai pelengkapnya ia juga turut membuat lagu pengiring sendiri.Sewaktu meminta Janice memainkan video ini, Matt juga bersiap dengan kamera untuk merakam reaksi Janice yang terkejut dan tak dapat  menahan tangisan. Pada akhir rakaman video, dia lalu menyampaikan lamarannya. Siapa yang mampu  menolak ketika sudah tersentuh dan Janice pun lalu menyatakan  "ya, aku bersedia".


Cara ini mungkin boleh jadi inspirasi untuk kita mencubanya, atau anda punya idea kreatif yang lain? Siapa tahu idea lamaran anda lebih unik....
 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online