Wednesday 24 July 2013

Makan Dalam Tandas Sekolah?


Imej inilah yang dikatakan , pihak sekolah memaksa pelajar makan di dalam bilik yang telah diubahsuai ini.
Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah.Baca lagi di Utusan Malaysia berkenaan makan dalam bilik persalinan. 

Inilah kata-kata seorang Menteri:

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.

Sebagai seorang Menteri, beliau sepatutnya turun ke sekolah dan berbincang tentang maslah yang dihadapi. Bukan mencari kesalahan pihak sekolah dan kantin. Jika kita amati bilik persalinan yang tidak digunakan ini, ia tersangatlah bersih. Kita boleh merujuk kepada blog Abang Mazidul Akmal Sidek mengenai kes ini.  Sebagai seorang guru, sudah tentu kami tidak mahu anak-anak tuan-tuan, datuk, Tan Sri makan atas lantai atau tepi longkang yang kotor. Jika murid 1373 orang, bayangkan keadaan kantin yang kecil tidak dapat menampung limpahan pelajar. Inisaitif pihak sekolah menjadikan bilik persalinan yang tidak digunakan sebagai bilik untuk makan rasanya boleh diterima lagi. Atau pihak-pihak tertentu mahukan dewan sekolah atau bilik guru dijadikan tempat makan kepada pelajar-pelajar sekolah. Melihat kepada imej-imej yang dipaparkan dalam blog abang Mazidul, sangat selesa dan semua murid menggunakan bilik tersebut. Jika diamati betul-betul, usahlah perkara seperti ini diperbesarkan. Masih ada lagi perkara yang patut kita semua fikirkan dalam hal pendidikan ini. 

Seperti kata abang Mazidul , jangan melontarkan pandangan  berdasarkan tanggapan. Justeru penulis akan memaparkan beberapa imej berkaitan bilik persalinan yang dikatakan kotor , jijik dan tidak sesuai dijadikan tempat makan atau belajar. Semua murid di sekolah tersebut menggunakanya , bukan kaum-kaum tertentu sahaja. 
Murid boleh menggunakan Bilik ini sebagai Tempat Belajar. Nampak sangat selesa

Bilik Persalinan Bukan Tempat Untuk Membuang Air Besar Atau Air Kecil. 


Sekolah terpaksa menggunakan bilik yang ada bagi keselesaan pelajar.
Notis Kepada murid-murid yang Jelas dan Mudah Difahami

Sinki untuk Basuh Tangan. Bukan Untuk Buang Air
 Penulis mengambil gambar-gambar ini daripada blog Mazidul Akmal Sidek. Anda boleh kunjungi blog beliau untuk maklumat yang lebih lengkap.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online