Wednesday 31 July 2013

Ketua Syiah Kedah Terima Ugutan?


Mereka Membuat Laporan Polis di Balai Polis Pendang
Ketua gerakan Syiah di Kedah terutamanya berpusat di daerah Pendang dikatakan menerima ugutan. Lalu satu laporan polis telah dilakukan olehnya di Balai Polis Pendang kira-kira pukul 10.30 pagi hari Selasa. Dia mendakwa sebuah akaun Facebook iaitu Gerakan Anti Syiah Malaysia telah menggunakan gambarnya untuk dipaparkan dalam laman sosial tersebut. Ini bertujuan untuk menakut-nakut dia sebagai penanung gerakan Syiah Imammiah di Pendang.

Kenyataan yang dipaparkan didalam utusan online adalah seperti berikut;

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima komen berunsur ugutan dan ancaman bunuh terhadapnya yang dipaparkan menerusi akaun laman sosial Facebook.
Dia yang ditemani beberapa pengikut fahaman itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Pendang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.

Abdullah mendakwa, pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Muhd. Amirur Roshid' telah berkongsi 
gambar dan maklumat dalam Facebook 'Gerakan Anti Syiah Malaysia' mengenai dirinya.
Katanya, beberapa komen yang dikongsi didapati berunsur ugutan dan ancaman bunuh terhadapnya di samping berbentuk fitnah antaranya dengan membayangkan seoalah-olah penganut Mazhab Syiah Imammiah di mana sahaja adalah pengganas.

''Saya meminta polis menyiasat segera perkara ini kerana bimbang mengenai keselamatan diri dan pusat aktiviti kami di Kampung Alor Berala, Pendang,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Sementara itu, Abdullah yang mendakwa terdapat kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di seluruh negeri ini, menerima dengan terbuka keputusan Kerajaan Kedah untuk mewartakan sekatan penyebaran Syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya.

Golongan Apakah Ini?
Penulis tidak hairan pun dengan kewujudan gerakan anti Syiah di negara Malaysia kerana, paparan demi paparan golongan Syiah di negara bergolak sangat menjijikan. Atas dasar apa mereka dengan mudahnya mengambil darah kanak-kanak daripada golongan sunnah. Tidak kira apa fahaman, yang penting Islam itu indah. 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online