Monday, July 22, 2013

Kapal Layar Peribadi Terpanjang Di Dunia

 
Kapal Layar Mewah Milik Jutawan Arab
Azzam, sebuah kapal layar peribadi yang dikatakan sebagai yang terbesar dan terpantas, dikhabarkan dimiliki seorang jutawan Arab "misteri". Belaiu diyakini sebagai salah seorang terkaya di dunia.

Beberapa laporan menyebut, kapal ini dimiliki seorang raja minyak dari Emiriah Arab Bersatu. Namun, berita sebelumnya mengatakan  kapal ini adalah milik salah satu anggota kerajaan Arab Saudi.

Kapal itu sekarang masih bersandar limbungan kapal Lurssen, Bremen, Jerman. Dan hingga saat ini belum diketahui mengapa nama pemilik kapal itu perlu dirahsiakan.

Kapal ini mempunyai panjang 179 meter, atau hampir 17 meter lebih panjang dari kapal layar Eclipse milik taipan Rusia Roman Abramovich. Sebelumnya Eclipse adalah kapal layar peribadi terpanjang di dunia.
"Untuk memudahkan pandangan  kita, kapal layar Azzam mempunyai panjang hampir dua kali padang bola sepak. Kapal ini mempunyai ciri-ciri yang unik misalnya sistem pertahanan udara dan dua landasan helikopter," demikian laporan mingguan Examiner.

Berdasarkan laporan itu, Azzam berharga lebih dari 600 juta dolar dan sudah dibina selama hampir empat tahun.

Kapal ini, masih menurut Examiner, mempunyai banyak ciri-ciri yang belum didedahkan.
 "Kapal ini mempunyai kaca tahan peluru yang melindungi bilik selamat dan bilik tidur utama. Kapal ini juga mempunyai sebuah kapal selam mini yang boleh dilepaskan untuk melihat-lihat dasar laut, sebuah pawagam, restoran dan bahkan ruang disko," papar Examiner. ( Sumber: al-arabiya )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online