Monday 22 July 2013

Jahit Tangan Kerana Fesyen


Jahitan Jelujur Kasar 
Kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai anak didik penulis yang menjahit telapak tangan sendiri akibat terpengaruh dengan fesyen katanya. Penulis sendiri pun tak pasti apakah fesyen yang dikatakanya itu. Baru berusia 11 tahun tetapi dia sudah dipengaruhi oleh abang-abangnya di sekolah menengah. Jika melihat kepada kes ini, penulis rasa, budak -budak sekarang sangat mudah dipengaruhi. Adakah anda berani menjahit tangan sendiri. Perkara ini berlaku tahun lepas dimana budak ini masih kanyaq kata orang kedah. Namun sekarang, dia sudah ada sedikit perubahan. 

Budak-budak atau remaja hari ini sangat mudah meniru gaya atau fesyen yang mereka sukai. Jika trend gilakan penyanyi Korea, mereka akan melakukan apa sahaja asalkan minat mereka dipenuhi. Trend atau gaya terkini tidak salah jika mereka bijak mengadaptasi perkara tersebut. Yang menjadi kesalahan adalah, melakukan perkara yang memalukan diri sendiri dengan gaya dan fesyen melanggar hukum agama.Keghairahan remaja atau budak-budak hari ini meniru menyebabkan mereka hilang identiti. Percayalah, satu hari nanti mereka akan berubah setelah peningkatan usia. Bagi mereka yang tidak mengalami situasi seperti penulis yang berjumpa dengan pelbagai jenis karenah budak, cuba amati dan selidiki anak-anak remaja hari ini. Lihat jawapanya nanti....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online