Tuesday 9 July 2013

ISU PERTUKARAN GURU - BENARKAH?

    
Gambar Hiasan

 Menteri Pendidikan Ke -dua menyatakan akan mempermudah urusan pertukaran guru pada masa akan datang. Kementerian akan mengkaji masalah ini dengan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah pertukaran guru ini. Beliau berkata "Kementerian telah mengadakan satu jawatankuasa untuk menyiasat, menambah baik dan memastikan perkara ini diselesaikan dengan baik. Kita cuba cari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," Untuk berita penuh lihat sini.
       Sebagai seorang guru dan memohon tukar sebanyak 14 kali untuk masuk ke daerah yang berdekatan dengan rumah, penul;is rasakan ia wajar dilaksanakan. Namun begitu, mengapakah hanya sekarang baru terfikir keadaan ini. Penulis rasa , masalah ini sudah lama berlarutan hingga menyebabkan sesetengah guru ada yang berhenti awal dari perkhidmatan.Penulis hingga sekarang masih memohon bertukar, tapi rezeki belum berpihak kepada penulis. Apa yang menghairankan, kawan-kawan penulis dari luar negeri Kedah dapat pula bertukar masuk dan jarak dari rumah ke tempat kerja boleh dikatakan dekat. 
             Penulis berulang alik dalam 100KM lebih sehari, membawa anak ke sekolah kerana khuatir jika dihantar ke sekolah yang berhampiran dengan rumah , siapa yang akan menjaganya. Hal ini kerana , penulis beristerikan seorang guru yang mengajar di sekolah menegah. Walaupun berhampiran atau berdekatan dengan rumah, namun waktu persekolahan tidak sama. Makanya , penulis pun kehairanan, kerana penulis sudah lama berada dalam negeri tetapi memohon tukar masuk dalam daerah di negeri sendiri amat sukar sejak 2007 lagi. Sedangkan rakan-rakan dari Penang , Selangor dan Johor dan lain-lain negeri, ditukarkan dalam daerah yang diminta. Justeru , penulis berharap jawatankuasa ini mengkaji sehabis baik agar masalah ini dapat diselesaikan. Penulis tidak akan memohon tukar lagi ke daerah yang penulis diam sekarang jika permohonan untuk kali yang seterusnya mendukacitakan. Mungkin....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online