Tuesday, July 30, 2013

Isteri Tendang Dan Tumbuk Muka Suami


Inilah penangan  wanita hari ini. Jangan perkecilkan kebolehan wanita masa sekarang. Jika mereka tidak berpuas hati dengan tindakan suami, nescaya suami akan makan penumbuk dan penendang isteri. Kejadian yang berlaku di Gombak berpunca daripada salah faham. Seterusnya merebak melibatkan ahli keluarga sebelah suami dan juga isteri. Yang sedihnya, isteri boleh pula menendang dan menumbuk si suami. Jika berlaku perpisahan pun, si isteri nanti akan bertemu orang segagah ahli gusti untuk dijadikan suami kerana mereka boleh berlatih berlawan di dalam rumah.

Kenyataan akhbar mengenai isteri tendang dan tumbuk suami;

Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang. 


Makanya, para wanita atau isteri di luar sana, ambilah iktibar. Begitu juga dengan si suami. Mungkin kita sebagai pembaca tidak tahu punca sebenar pertelingkahan mereka sehingga menendang dan bertumbuk. Selepas ini, mungkin akan ada kenyataan daripada pihak yang satu lagi. Apa pun, pergaduhan dalam perkahwinan adalah lumrah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita manusia. Walaubagaimanapun, cara kita mengatasi masalah itu sangat penting agar rambut yang ditarik dalam tepung dapat ditarik dengan baik agar tepung tidak berselerak.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online