Thursday, July 18, 2013

Berapa Biji Telur Boleh Dimakan Dalam Sehari

       Kita biasanya akan makan sahaja berapa biji telur dalam sehari. Pakar mengesyorkan kita minum air 8 gelas sehari. Bagaimana pula dengan telur ayam? Agak-agak pembaca , berapa bijikah telur yang kita perlukan dalam sehari. 

      Sebagai sumber protein haiwan, telur sangat mudah didapatkan. Tak heran cukup banyak orang yang mengambil telur setiap hari. Namun, dengan kadar kolesterolnya yang tinggi, seberapa sering kita boleh mengambil sumber protein ini setiap harinya?

      Sebenarnya berapa banyak yang boleh dimakan bergantung kepada pelbagai faktor, antara lain umur, jantina, berat badantahap aktiviti fizikal harian. Penyelidik dari Harvard Medical School mengesyorkan penggunaan sebiji telur per hari untuk tahap kolesterol dan jantung yang sihat.

      Hal ini dinyatakan melalui  panduan diet Amerika pada tahun 2010. Dikatakan , orang dewasa yang sihat perlu mengambil 46 sampai 56 gram protein per hari. Jumlah tersebut boleh didapati  daripada pelbagai sumber, termasuk telur.

       Selain protein dan kalsium, telur juga mengandungi sejumlah vitamin dan mineral penting. Sebiji  telur rebus besar tidak hanya mengandungi 78 kalori, tetapi juga 6,29 gram protein, 25 miligram kalsium, 0.59 miligram besi, dan 112,7 mikrogram choline. Telur juga mengandungi 22 mg folat, 260 IU vitamin, 44 IU vitamin D, 176 mg lutein dan zeaxanthin. Vitamin B juga ada di dalam telur dengan jumlah yang sedikit daripada beberapa jenis.


        Walau serupa dengan kolesterol, tetapi pelbagai kajian menentang kajian tersebut. Sebuah laporan yang diterbitkan pada januari 2006 berjudul Current Opinion in Clinical Nutrition and Metabolic Care menyimpulkan, pengambilan telur tidak menyumbang pada penyakit jantung pada orang dewasa yang tidak mempunyai riwayat kolesterol tinggi. Telur juga tidak memberi kesan kepada kadar kolesterol darah pada 70 peratus penduduk.

      Penggunaan telur diketahui tidak berkaitan dengan penyebab diabetes. Kajian pada Ogos 2010 berjudul American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, sering makan telur tidak menunjukkan risiko lebih besar berkaitan diabetes jenis 2. Kajian diikuti 3.898 orang dewasa yang makan sebiji  telur per bulan sampai sebiji  telur per hari selama 18 tahun.

      
   
      Jadi, kepada pembaca sekalian...agak-agak berapa biji telur kita makan dalam sehari. Roti telur , kuih baulu, aneka kuih semuanya berasaskan telur. Makanya kita sendiri yang tentukan.... 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online