Sunday 7 July 2013

Bayaran Nuffnang

          Setelah 3 tahun lebih menulis melalui blog ini , hari ini penulis ingin menceritakan kepada pembaca semua bahawa apabila kita rajin menulis dan meng 'update' blog makanya kita akan dibayar oleh nuffnang. Apakah nuffnang? Jika pembaca ingin mengetahui lebih lanjut mengenai nuffnang sila baca di sini. Blog ini penulis tinggalkan selama setahun rasanya tidak dimuat dengan berita terkini. Akhirnya kekuatan untuk menulis kembali apabila mendapat bayaran iklan daripada nuffnang? Oh..silap, penulis terpaksa habiskan dengan internet dan pembacaan kerana pengajian penulis perlukan ini semua. Kita perlu banyak membaca untuk menggerakkan kembali otak kita yang sekian lama telah tidur. Bayaran nuffnang selama 3 tahun lebih berblog ini adalah dalam *****. 25 sen. Uishhh banyak tu. Hahahahahaha.... nanti penulis bagi tahu banyak mana yang penulis dapat dari iklan berbayar dalam blog penulis dari nuffnang. Walaupun begitu, terdapat blogger yang kaya raya hasil dari berblog sahaja. Mereka dapat menarik ramai pengunjung ke blog mereka sehingga beratus ribu orang dalam masa sebulan atau sehari. Justeru , nuffnang akan membayar berdasarkan jumlah pengunjung unik. Jika anda hendak membuat duit dengan cara menulis dan percuma, berbloglah sambil menambah ilmu. Anda akan lihat iklan di sebelah kiri atau kanan, di atas dan dibawah blog. Jika anda rajin , nuffnang akan membayar lebih banyak. Justeru jika anda berminat menulis..pastikan anda buat duit dengan iklan berbayar daripada nuffnang.
Gambar Hiasan Cek Daripada Nuffnang                




0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online