Monday 17 June 2013

SAPS ( SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH )

Kali ini penulis ingin berbicara mengenai sistem yang katanya memudahkan para guru mengisi markah peperiksaan. Diberi nama SAPS iaitu sistem analisis peperiksaan sekolah. Sehingga kini penulis yang merupakan seorang guru sangat berbangga dengan penemuan kaedah baru yang sangat memudahkan para guru. Biasalah...teori yang kita bentangkan sangat mudah dan aplikasinya menjadi porak peranda. Penulis belajar dalam bidang teknologi pendidikan yang serba sedikit ada kaitan dengan teknologi multimrdia dan teknologi maklumat. Pensyarah atau tenaga pengajar penulis sentiasa menekankan bahawa apa sahaja yang diperkenalkan oleh kementerian berkaitan teknologi akan mengambil masa yang singkat sahaja. Biasanya telahan mereka akan bertepatan. Justeru, kerja kerja yang sememangya memudahkan para guru menjadi sangat sukar....Orang kata merungaut atau bersungut kita tak akan kemana...tapi inilah hakikatnya. Peruntukan berjuta juta ringgit untuk pendidikan. Tetapi inilah hasilnya......menyusahkan guru dan juga ibu bapa. Apa guna teknologi sekiranya yang mengendalikan teknologi itu sendiri lemah dan lembab seperti sistem SAPS juga. Mungkin mereka sedang bertungkus lumus memperbaiki perkhidmatan SAPS ini. Jadi..kawan-kawan penulis yang bekerja cikgu...sabarlah duhai hati.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online