Friday 13 April 2012

TANGAN TERSEPIT MESIN TEBU


Hasrat seorang warga emas untuk menambah pendapatan keluarga dengan menjual air tebu bertukar tragedi apabila tangan kanannya terpaksa dipotong selepas digilis mesin tebu dalam kejadian di Taman Semarak, Bukit Tunggal dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi menyebabkan tangan kanan Wan Hamzah Wan Ismail, 58, yang juga penghidap sakit jantung itu terpaksa dipotong sehingga ke pergelangan tangan.

Anak mangsa, Wan Nor Hazha, 35, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan tebu di belakang gerai sebelum terdengar ayahnya menjerit meminta tolong setelah tangannya tersepit pada mesin berkenaan.

"Sebaik mendengar jeritan itu saya terus berlari ke arah ayah dan segera menutup suis mesin tebu. Saya lihat tangan ayah sehingga ke pergelangan sudah leper seperti hampas tebu. Baca lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online