Thursday, April 12, 2012

PERCAYA PADA USTAZ?


Walaupun diberi akal untuk berfikir, ada ketikanya manusia boleh percaya dan yakin pada perkara yang paling tidak diterima akal, termasuk membenarkan isteri ditiduri lelaki lain, konon sebagai cara untuk menghapuskan dosa.

Kita pernah mendengar suami melacurkan isteri untuk mendapatkan wang, atau menebus hutang. Tetapi belum ada suami menyerahkan isteri tercinta kepada lelaki lain semata-mata untuk membuang dosa.

Lebih teruk lagi lelaki yang meniduri isteri orang itu mengaku dirinya alim dan mendakwa mempunyai mukjizat sehingga boleh bercakap dengan malaikat dan ALLAH. Dia mendakwa dirinya Imam Mahdi.

Itulah dilakukan oleh ‘Ahmad 100’, gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki penyebar ajaran songsang yang kini dikatakan aktif di Kuala Lumpur. Seperti dilaporkan media, Ahmad sedang mencari 25 pengikut untuk dijadikan penggerak utama ajaran tersebut. Baca lagi...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online