Thursday 5 April 2012

PAK SANGGUP LUMAYAN


JOHOR BAHRU: “Saya akui terlalu mengikut perasaan sehingga terlepas melafazkan talak tiga kepada isteri ketika kami bertengkar, Disember lalu.

“Akibat keterlanjuran itu, kami tiada pilihan selain mendapatkan khidmat cina buta untuk kembali hidup bersama,” kata Azri, 38, dari Skudai di sini, semalam.

Azri yang juga ahli perniagaan mengakui terdesak mendapatkan khidmat pak sanggup atau cina buta kerana masih menyayangi isteri, Anida, 37, dan tiga anak berusia 10, 12 dan 15 tahun.

Menurut Azri, mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sejak 16 tahun lalu berkecai akibat pertelingkahan kecil bermula pada November lalu.


“Saya terlalu ikutkan perasaan cemburu apabila Anida yang juga wanita bekerjaya didekati lelaki lain,” katanya. Menurut Azri, selepas terlajak menceraikan Anida pada Disember tahun lalu, perasaan kesal mula menguasai dalam diri.


Katanya, hampir setiap hari dia dan Anida menangis kerana kesal dengan apa yang berlaku, malah sehingga kini perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan anak kerana tidak mahu emosi dan persekolahan mereka terjejas.

“Oleh kerana kami masih memerlukan dan pada masa sama memikirkan masa depan anak, saya nekad melanggan khidmat cina buta yang diperkenalkan seorang kenalan menerusi sebuah laman web.
“Kami tiada cara lain selain memilih jalan ini untuk kembali hidup bersama.

“Cina buta terbabit menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran deposit RM2,000 dan RM4,000 hingga RM8,000 untuk tempoh seminggu tinggal bersama bekas isteri,” katanya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online