Sunday 8 April 2012

MURID DIPUKUL GURU BESAR?


Murid ini dikatakan dipukul oleh Guru Besar sehingga mengalami gegaran otak. Mangsa dikatakan muntah-muntah setelah kejadian itu. cuma penulis ingin ingatkan kepada yang belum jadi cikgu, jika tringin sangat nak jadi cikgu , kena sabar. Guru Besar yang dikatakan memukul pelajar tersebut mungkin selama ini bersabar , tetapi apakan daya , dia juga manusia biasa. Melakukan kesilapan dan kesilapan itu sangat besar buat dirinya. Makanya dia perlulah bertanggungjawab. Kita juga perlu dengar dahulu perkara ini dengan bijaksana. Usahlah kita membuat kesimpulan terlebih dahulu. Buat wartawan dan orang diluar sana, jika anda ditempat cikgu tersebut bagaimana? Bayangkan anak 3 atau 4 orang pun kita sukar mengawalnya dan kadang-kadang naik angin bagai nak gila. Inikan pula 42 orang bagi cikgu kelas dan 1000 orang bagi Guru Besar. Apa pun tindakan cikgu tersebut salah. Bagi penulis sendiri , jika dah pelajar itu tidak mau membuat kerja yang disuruh , tak perlu marah-marah, tak perlu pukul-pukul kerana ibu bapa hari ini lebih sensitif jika anak mereka didenda dan dijentik. Makanya cikgu pula diakatakan makan gaji buta. Susah , susah dan susah. Baca lagi...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online