Tuesday 3 April 2012

DIDENDA BERKHALWAT


Sepasang kekasih yang ditangkap ketika berdua-dua dalam sebuah hotel ketika satu operasi sempena Hari Kekasih pada Februari lalu didenda maksimum sebanyak RM3,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.Lelaki berumur 48 tahun dan pasangannya yang berumur 17 tahun itu dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan khalwat itu dihadapan Majistret Mohd Nazri Yusof. Baca lagi...

Selepas lima minit pintu utama diketuk, seorang lelaki yang hanya memakai kain pelikat tanpa baju telah membuka pintu.

Keadaan dalam bilik itu gelap dan selepas lampu dibuka, anggota penguatkuasa mendapati seorang perempuan memakai kain batik, baju T lengan pendek tanpa tudung terbaring atas katil bersama seorang bayi lelaki berumur lima bulan.

Pasangan yang beralamat di Kampung Peramu Maju, Kuantan, Pahang itu membayar denda yang dikenakan menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman penjara sebulan.

Sementara itu, bayi lelaki bersama wanita itu adalah anak luar nikahnya dengan lelaki lain sebelum ini.



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online