Tuesday, April 10, 2012

3 TOKOH TERBABIT SKANDAL?


Tiga tokoh dikatakan terbabit dengan skandal? Malah ada yang mengatakan mereka ada bukti. Jadi, kita tunggu dan lihat apakah perkembangan tentang skandal ini nanti. Kadang-kadang dekat-dekat nak pilihanraya ni, banyak bukti yang keluar.

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendakwa mempunyai bukti berhubung skandal penyelewengan balak dan dana rakyat yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Menteri Luar dan Peguam Negara.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, mereka mempunyai dokumen urus niaga, penyata bank dan surat pengakuan seorang lelaki yang sanggup menjadi saksi yang dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan dan mencadangkan kepada Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengambil tindakan, tetapi beliau enggan untuk berbuat demikian sebaliknya mendakwa kes itu telah selesai. Baca lagi...



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online