Tuesday 13 March 2012

USM ANJUR HARI TERBUKA


Universiti penulis, Universiti Sains Malaysia mengadakan hari terbuka bermula Jumaat ini. Marilah datang ramai-ramai kita lihat apa yang ada.

GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti yang diberikan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex), akan menganjurkan Hari Terbuka USM selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Timbalan Pendaftar Pejabat Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, program yang akan diadakan di Kompleks Eureka universiti itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke institusi tersebut.

"Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi, Diploma dan calon-calon di wilayah utara yang mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian ke USM boleh menghadiri Hari Terbuka berkenaan mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, USM turut menawarkan khidmat rundingan, permohonan aplikasi dalam talian dan taklimat kemasukan kepada orang ramai dan calon bagi kemasukan 2012-2013 sepanjang program berlangsung. – BERNAMA


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online