Sunday, March 11, 2012

TRIP KE PULAU AMAN 2


Antara hasil pancingan yang kami perolehi. Bukan ikan keli ni....


Tiba di jeti Pulau Aman dan itulah pengangkutan yang kami naiki untuk ke tempat pancingan.

Kali ini penulis ingin meceritakan pengalaman ke Pulau Aman kali ke 2. Setelah merancang dan berbincang , kata sepakat telah diambil. Kami bertiga kali ini akan menduga lagi tempat biasa yang kami kunjungi. Rasanya ini kali pertama dalam tahun 2012 kami memancing di Pulau Aman. hasilnya tidak seperti yang dijangkakan. Dapatlah seeokr dua ikan, tetapi itu bukan pematah semangat kami untuk datang lagi. Memang seronok datang ke sini. Rasanya kami akan datang lagi ke Pulau Aman. Melihat jambatan Pulau Pinang yang ke dua sangat hampir dengan pulau, kami merancang untuk memancing di atas pelantar jambatan ke dua pula nanti. Dengar kata, banyak hasil yang diperolehi kaki pancing disitu.
Air pasang sehingga ke tebing, pada waktu ini ikan kerapu , tetanda dan sembilang galak memakan umpan.




Rakan-rakan pancingan penulis yang sememangnya meminati hobi memancing ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online