Friday, March 2, 2012

TRANSFOMER MELETUP


Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online