Monday 12 March 2012

TINGGAL MESEJ SEBELUM MATI


Seorang pelajar sebuah IPTA di Pulau Pinang dikatakan meninggalkan mesej sebelum ditemui mati oleh rakan sebiliknya. Petikan berita tersebut;

GEORGE TOWN — Seorang pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri Desa Universiti di Sungai Dua di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar berusia 23 tahun itu ditemui mati oleh rakan sebiliknya pada pukul 1.30 petang di kawasan halaman bawah pangsapuri itu.

Katanya, lelaki terbabit sebelum itu dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakan sebiliknya meminta dia menyelesaikan semua urusan yang ditinggalkan selepas ”ketiadaannya”.

Beliau berkata, rakannya yang ketika itu berada di kampus terus bergegas pulang dan mendapati lelaki terbabit mati dalam keadaan berlumuran darah di kawasan halaman pangsapuri itu.

Pelajar tahun akhir jurusan Fizik itu juga dikatakan memohon maaf kepada ahli keluarganya di laman sosial Facebook sebelum kejadian.

Kong Meng berkata, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan mayat pelajar itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.— BERNAMA


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online