Sunday, March 4, 2012

TERSEPIT DALAM LORI


Kejadian yang berlaku di Machang Kelantan ini boleh dijadikan iktibar. Banyak kemungkinan sebab kejadian ini berlaku. Petikan berita daripada akhbar Sinar harian:

MACHANG - Seorang pemandu lori, Muhammad Nazmin Din, 26, cedera apabila lori yang dipandunya terlanggar belakang sebuah lori lain di Bukit Belah, dekat sini, semalam.

Pada kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari itu, Muhammad Nazmin tersepit di tempat duduknya dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan Anggota Bomba dan Penyelamat Machang kira-kira 20 minit kemudian.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat machang, Zamri Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.31 tengah hari dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, kedua-dua kenderaan tersebut dari laluan yang sama, Machang ke Kota Bharu sebelum lori yang dipandu Muhammad Nazmin melanggar bahagian belakang lori di hadapannya.

“Kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.

“Mangsa, Muhammad Nazmin berasal dari Kampung Hutan Kuing dan mendapatkan rawatan di Hospital Machang.

“Operasi menyelamat itu melibatkan empat anggota dengan sebuah jentera,” katanya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online