Friday 2 March 2012

SEMAKAN SBPA SIAP AWAL APRIL


Hari itu kita diminta untuk menunggu 13 Mac kerana ada pengumuman penting mengenai SBPA. Hari ini Timbalan Perdana Menteri berkata semakan akan siap awal April. Berikut petikan yang diambil dari akhbar Berita harian:
KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam. Baca seterusnya

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online