Monday 5 March 2012

RONALDO MENGAMUK LAGI


Penjaring utama Real Madrid mengamuk lagi dalam perlawanan terbaru. Ronaldo merupakan pemenang kasut emas tahun lepas dengan 40 jaringan. Sekarang beliau telah mencetak 30 jaringan dan pertandiangan belum tamat lagi. Petikan Berita Harian

MADRID: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol liga ke-30 musim ini ketika pendahulu Real Madrid membenam Espanyol 5-0 di Bernabeu untukmengembalikan kelebihan 10 mata ke atas dalam saingan La Liga.

Penyerang Portugis yang juga pemenang But Emas Eropah musim lalu dengan 40 gol, membuka jaringan hasil hantaran Gonzalo Higuain pada minit ke-23 untuk gol ke-38 dalam semua pertandingan musim ini.
Sami Khedira menggandakan gol untuk Real selepas bertukar hantaran dengan Mesut Ozil pada minit ke-38 dan Higuain menjaringkan gol ketiga selepas rehat hasil hantaran Kaka.
Kaka yang menjaringkan gol keempat pada minit ke-66 sebelum mengumpan kepada Higuan untuk gol kelima pada minit ke-78.

Pasukan Jose Mourinho kini semakin hampir untuk gelaran liga pertama dalam tempoh empat tahun dengan meraih 67 mata dan baki 13 perlawanan. - Agensi

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online