Tuesday 27 March 2012

RIBUT LANDA JITRA


Sabtu lalu, ribut melanda Kulim sehingga Kejohanan Sukan Daerah dihentikan akibat hujan lebat dan ribut kuat. Kali ini , Jitra pula dilanda ribut. Adakah bulan ini bulan ribut kerana bukan sahaja berlaku di Kedah , malah juga di negeri lain.

JITRA – Lebih 60 rumah membabitkan lima kampung dan satu taman perumahan di daerah Kubang Pasu rosak selepas dilanda ribut kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Rata-rata rumah di kawasan terlibat iaitu Kampung Kemunting Lama, Kemunting Baru, Teluk Berangin, Salit, Pekan Tunjang dan Taman Seri Kemuning 1 mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa pokok atau bumbung tercabut sepenuhnya.

Difahamkan lima keluarga dari Taman Seri Kemuning 1 juga terpaksa berpindah ke pusat aktiviti kawasan perumahan itu selepas rumah mereka tidak boleh didiami akibat bumbung tercabut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom berkata, pihaknya masih membuat bancian jumlah kerugian serta kos yang diperlukan untuk membantu mangsa terbabit.

"Pejabat saya akan menghubungi pembekal dan kontraktor bagi membaiki rumah-rumah yang rosak teruk,” katanya kepada pemberita, selepas melawat keluarga yang terjejas hari ini. – BERNAMA


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online