Monday 26 March 2012

RASUAH ?


Seorang aanggota keselamatan di tahan SPRM kerana dituduh rasuah.

KUANTAN: Seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh ditahan dipercayai terbabit dengan kesalahan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas.

Penahanan itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Menurutnya, pegawai polis berkenaan ditahan dua hari lepas sebelum dijamin RM5,000 oleh seorang penjamin.

"Betul (pegawai polis berkenaan) dalam penyiasatan SPRM dan pihak kita akan turut menyiasat bagaimana penglibatannya dalam kes berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sharifuddin berkata kes berkenaan masih dalam siasatan dan pegawai berkenaan juga telah bercuti bagi menyelesaikan kes terbabit.


Sementara itu menurut sumber SPRM, pegawai polis berkenaan dipercayai terlibat dengan rasuah rumah urut tanpa lesen di Mentakab. - BERNAMA

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online