Tuesday 6 March 2012

QI KAHWIN DUA TAHUN LAGI


Dua artis yang tengah panas sekarang dan Qi menyatakan akan berumahtangga dalam dua tahun lagi. Berita dalam akhbar berita harian,

PUNYA perancangan membawa hubungan ke fasa perkahwinan, namun Qi atau nama sebenar, Qushairi Mohammed Razali, 35, enggan terburu-buru memandangkan buah hatinya, Yuna, baru melebarkan langkah ke negara luar yang tentu saja menuntut komitmen tinggi.

Bukan melengah-lengahkan, cuma kata pemuzik, pengacara dan pelakon ini, hasrat sudah lama disimpan dan sebagai kekasih, dia menyokong usaha gadis pujaannya yang berani mempertaruhkan bakat serta hasil seninya walau terpaksa berjauhan dengan insan tersayang.
“Saya sendiri kagum dengan semangat serta kecekalannya. Calang-calang orang mampu melakukan misi seperti ini. Peluang keemasan seperti ini seharusnya dimanfaatkan untuk mencapai apa yang dihajati.
“Saya tidak mahu segala yang diusahakan selama ini untuk membawa muziknya ke arena global terhenti disebabkan perkahwinan. Apabila berkahwin, kita mempunyai tanggungjawab dan saya tidak mahu nanti tumpuannya terganggu kerana memikirkan tanggungjawabnya terhadap suami di sini.

“Tidak dinafikan ramai berjaya walau berstatus isteri, tetapi senario kami tidak sama kerana dia menetap di Los Angeles. Walau pulang ke tanah air lebih lima kali setahun, saya mahu tumpuan tidak terbahagi dua,” katanya yang memberi sasaran dua tahun lagi untuk berkahwin. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online