Friday 9 March 2012

PAHLAWAN NERAKA



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat Pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Dalam perbincangan itu mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh , dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberanianya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

“Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,” kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah SAW pun menjawab. “ Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka.” Para sahabat menajdi hairan mendengar jawapan Rasulullah SAW itu. Bagaiamana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakka Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabt berpandangan antar satu sama lain apabila mendengar jawpan Rasulullah SAW itu.

Rasulullah berkata pada sahabatnya “ Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Bandanya dipenuhi darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.”

Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dnegan musuh, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihat keadaanya yang parah, ramai yang menyangka dia akan masuk ke dalam syurga. Tetapi dia menunjukkan dirinya sebagai penghuni neraka.” Menurut Rasulullah SAW lagi, sebelum dia mati Qotzman ada mengatakan , katanya, “ Demi Allah aku berperang bukan kerana Agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, akau tidak berperang.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online