Thursday 29 March 2012

MINI KASINO DI TENGAH HUTAN?


GEORGETOWN: Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di sini, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam.

Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.

Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan dilakukan sejak tiga hari lalu.
Sehubungan itu, kira-kira 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, premis terbabit turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta. - BERNAMA.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online