Thursday 1 March 2012

MATI PUTIK SUAMI HAMBAR


Mati putik' ini adalah sama dengan 'mati pucuk' yang dialami oleh lelaki. 'Mati putik' atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat segolongan wanita kita. Apatah lagi apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami. Bermakna seseorang wanita tidak mempunyai perasaan ghairah. 'Mati putik' disebabkan gangguan urat saraf dalam pengaliran darah ke faraj terutama kelentit menyebabkan ia tidak menegang. Walaupun dirangsang, ia tetap kendur dan tiada rasa ghairah menyebabkan wanita itu sukar mengalami klimaks dan kurang berminat pada hubungan seks. Justeru , untuk wanita yang mengalami masalah mati putik anda boleh baca seterusnya

Mengikut Dr Ismail, salah satu punca wanita mengalami mati putik ialah kerana terlalu kerap melakukan onani semasa mereka masih muda. "Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang dihajati," sambung Dr Ismail.

Mengenai masalah wanita yang beronani ini, Dr Ismail menjelaskan, "Masyarakat mungkin ingat hanya lelaki yang melakukan onani. Tetapi wanita juga beronani dan cara mereka berbeza daripada lelaki. Perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa seronok dan tanpa disedari mereka akhirnya akan beronani," katanya.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online