Sunday 18 March 2012

MASA SEMAKIN SUNTUK




Hari ini dan bulan ini dirasakan cepat berlalu. Penulis semakin semak kepala dengan tugasan Universiti dan beban kerja yang semakin berlambak. Biasalah , orang kata tidak ada pasal mencari pasal. Berblog ini juga menyebabkan penulis semakin kesuntukan masa. Penulis perlu hantar tugasan Universiti dalam masa terdekat. Tiba-tiba syarikat buku meminta penulis untuk menghasilkan buku kerja budak sekolah pula. Hendak ditolak, rezeki dan akhirnya, semua tak menjadi. Masa semakin suntuk, ada ka patut hanya beri masa sebulan untuk keluarkan buku tersebut. Aduhai....mati aku , dengan kerja lagi, dengan tugasan universiti lagi, dengan kuliah seminggu tiga kali lagi....jambatan Pulau Pinang dah jadi kebiasaan dah....2 tahun atau mungkin lebih..... dan buku kerja lagi buku tempat kerja lagi. Semakin suntuk....masa berlalu dengan pantas, tidur dirasakan tidak cukup , makan dirasakan tidak berapa nak lalu dan akhirnya....yang dikendong keciciran yang dikejar tak dapat.....bagaimana nak selesaikanya....buntu dan terus buntu....masa semakin suntuk...
Akhirnya.....nak ke Pulau Langkawi selepas semak kepala dan masa suntuk penulis tamat....

2 Comments:

Ayu said...

gapai apa yang terdaya...jgn smpi terabai kesihatan sudah, :)

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Penat....penat...dok dang belake..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online