Friday 9 March 2012

KERIS 1,500 TAHUN


Seorang pesara guru mengatakan bahawa beliau telah menemui sebilah keris berusia 1,500 tahun. Keris itu dikatakn berada dalam era zaman kerajaan Champa. Petikan berita tersebut...

KOTA BHARU: Seorang pesara guru menemui sebilah keris dipercayai berusia 1,500 tahun dan berasal dari era kerajaan Champa.

Zakaria Abdullah, 70, berkata beliau menemui keris itu ketika mencangkul rumput di halaman rumahnya di Kampung Telipot dekat sini pada 15 Feb lepas.

"Saya percaya usia keris ini sekitar 1,500 tahun kerana mengikut sejarah orang Melayu Champa mula berhijrah ke Kelantan, khususnya ke Pengkalan Chepa pada tahun 600 Masehi," katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Zakaria yang juga pakar rujuk Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan berkata beliau yakin keris itu dihasilkan Melayu Champa kerana tidak mempunyai lok seperti yang dihasilkan orang Majapahit.Baca seterusnya...


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online