Saturday 17 March 2012

KERETA YB PECAH


EORGETOWN - Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad kerugian lebih RM2,000 selepas keretanya yang diletakkan tepi jalan berdekatan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, dipecahkan petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, beliau yang baru selesai menunaikan solat Jumaat, terkejut apabila mendapati cermin hadapan bahagian pemandu dan penumpang belakang kereta miliknya pecah.

Menurutnya, beliau singgah di masjid itu menunaikan solat Jumaat sebelum mengambil anak perempuannya yang menghadiri kursus di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas.

“Sebaik tiba di kereta, saya terkejut apabila melihat serpihan cermin kereta bertaburan. Cermin tingkap tempat belakang di sebelah kanan turut dipecahkan. Saya dapati satu beg yang mengandungi komputer bimbit bernilai lebih RM2,000 dan semua dokumen serta gambar penting dicuri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata barang lain seperti kotak yang mempunyai topi dan baju 1Malaysia tidak diambil.

Muhammad Farid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau petang, semalam.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online