Friday 9 March 2012

KERAJAAN JAMIN HARGA BARANG TIDAK NAIK


Biasanya peniaga akan menaikkan harga barang apabila mengetahui kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. Perkara ini sudah biasa berlaku dan kita bukan sekali sahaja perkara ini berlaku. Walaupun begitu, kerajaan cuma boleh beri jaminan sahaja. Jika peniaga naikkan harga barang pun , kita sebagai pengguna tidak boleh berbuat apa. Apa yang pasti , golongan petani , penoreh dan nelayan akan merasai tempiasnya. Petikan berita ;

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang berikutan pengumuman gaji baru untuk kakitangan awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdapat peniaga yang sengaja mengambil kesempatan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online