Thursday 1 March 2012

KELIRU MEMAKAI KONDOM


Ramai orang yang mempersoalkan bagaimana cara penggunaan kondom yang betul. Padahal, jika dipakai dengan betul dan konsisten, kondom boleh melindungi diri dari jangkitan menular seksual serta kehamilan yang tak diingini.

Kesalahan yang sering terjadi adalah baru memakai kondom saat penetrasi sudah terjadi, melepaskan kondom saat masih berhubungan seksual, atau lupa memeriksa ada tidaknya kerosakan pada bungkusan atau keadaan kondomnya. Kesalahan-kesalahan ini boleh menyebabkan kondom koyak atau bocor.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kondom boleh mencegah kehamilan sehingga 98 peratus. Angka kegagalan kondom dalam mencegah kehamilan sekitar 15 peratus.

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh para pengguna kondom itu dicatat oleh penyelidik dari The Kinsey Institute for Research in Sex, Gender, and Reproduction, Universiti Indiana. Mereka melakukan analisis terhadap 50 penelitian mengenai kondom.

Kesalahan dalam penggunaan yang juga sering terjadi adalah membuka gulungan kondom sebelum digunakan dan bukannya terus memasangnya di zakar. Sekitar satu perempat responden juga mengatakan, mereka sering lupa menyisakan ruang di hujung kondom untuk cecair mani.

Sekitar 40 peratus peserta kajian juga pernah mengalami kondom robek, dan 13 peratus mengatakan pernah mendapatkan kondom yang bocor.

Kondom yang memenuhi standard mutu antarabangsa sebenarnya tidak mudah koyak kerana tiap kondom yang dihasilkan harus melalui uji elektronik. Sebahagian besar kerosakan kondom sering kali terjadi kerana kesalahan pengguna, seperti menggunakan pelicin minyak serta membuka bungkusan dengan kuku atau benda tajam.

Untuk menjaga kualiti kondom, disyorkan untuk tidak menyimpan kondom dalam dompet atau saku belakang seluar jeans kerana boleh merosakkan kondom. Elakkan menyimpan kondom di tempat panas, dan jangan gunakan kondom jika bungkusan rosak, warnanya pudar, kering, atau melekat.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online