Saturday 10 March 2012

KANAK-KANAK HILANG MATI LEMAS


Seorang kanak-kanak yang dikatakan hilang pada hari Rabu lalu dijumpai mati lemas , Sungai Kinta Tanjung Tualang hari ini.Petikan berita daripada akhbar Kosmo;

IPOH — Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemui mati lemas di Sungai Kinta, Tanjung Tualang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mangsa Yushairiezal Judin ditemui terapung pada pukul 10.50 pagi tadi oleh orang awam kira-kira 45 km dari tempat mangsa terjatuh di longkang Kem Syed Putra, Tambun.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat katanya, ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, di sini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, ibu kanak-kanak itu, Mazlinah Rintan@Baki, 31, berkata anaknya keluar bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada pukul 3 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam pada hari tersebut.

Semasa kejadian mangsa bermain berhampiran dua longkang besar ketika hujan lebat.— BERNAMA


2 Comments:

Cik Puan said...

Al-fatihah..

*follow ek:)

thesyt said...

pop over to these guys high end replica bags my review here Dolabuy Loewe Get More Info my site

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online