Tuesday 13 March 2012

GURU SEKOLAH TIDAK BERKUALITI


Guru patut memberi yang terbaik semasa me­ngajar, tetapi kini, kualiti guru menurun, mungkinLink kerana latihan diberikan tidak mencukupi,” katanya semasa pertemuan dengan Sinar Harian berhubung isu lambakan pusat tuisyen di negara ini.

Menurutnya, selain memperbaiki latihan guru, kerajaan juga perlu mengurangkan jumlah pelajar di dalam sebuah kelas dan menambah perbelanjaan pendidikan.

Noor Azimah berkata, lebih memburukkan keadaan adalah sikap menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan ter­akhir jika tidak mendapat kerja lain. Baca seterusnya...

Saya ingin mengulas sedikit atau memberi pandangan kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Pusat tuisyen bukanlah seperti sekolah yang perlu membuat segala macam hal, pusat tuisyen mengamalkan teknik yang berbeza dengan sekolah. Siapakah guru pusat tuisyen tersebut? Sudah tentu cikgu yang mengajar di sekolah. Untuk makluman semua, di sekolah guru tidak dapat membuat seperti di pusat tuisyen kerana sekolah perlu menghabiskan sukatan pelajaran. Di pusat tuisyen pelajar hanya melakukan latihan ualangan apa yang dipelajari di sekolah. Usah menganggap guru-guru sekolah tidak berkualiti. Kita patut bertanya kepada ibu bapa , apa sumbangan yang boleh mereka berikan kepada sekolah. Cikgu-cikgu sudah malas untuk mengadakan kelas tambahan percuma hari ini kerana ibu bapa berkemampuan hantar anak mereka ke pusat tuisyen yang yuranya mahal.

Selain itu, sistem pendidikan sekarang memerlukan pelajar mendapat seberapa banyak A yang boleh. Justeru nilai dan shsiah tidak lagi dipedulikan ibu bapa. Mereka sanggup hantar anak ke pusat tuisyen dengan harapan dapat banyak A seterusnya berjaya dapat biasiswa. Kesanya, keluar dipasaran pekerja yang tiada nilai etika dan moral. Jangan salahkan sekolah atau cikgu sekiranya berlambak pusat tuisyen tumbuh di negara kita. Pandang-pandanglah kesusahan guru di sekolah untuk membuat pelbagai perkara. Jika dapat meniru sistem tuisyen, maka lahirlah generasi yang tidak seimbang mengikut falsafah pendidikan negara.

Hanya pandangan....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online