Saturday 10 March 2012

CUEPACS MAHU GRED KUMPULAN INI KEKAL


Setelah SBPA dibatalkan, Cuepacs mahu juga gred kumpulan ini kekal seperti yang diberikan dalam SBPA. Kita terlalu gelojoh sehingga sesuatu perkara belum selesai, kita minta pula yang satu lagi. Justeru, bagi yang mahu gred ini kekal, fikir-fikirkan. Jika berjaya , tahniah diucapka. Petikan berita tersebut...

KUALA LUMPUR - Cuepacs mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu
veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.

Beliau berkata, di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut Gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17. Baca seterusnya....


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online