Sunday 18 March 2012

BOLA KITA BOLA DEPA



Di negara kita , kemeriahan bola sepak turut menjadi bualan. Tambah-tambah euro 2102 dah tak lama lagi. Namun begitu bola sepak kita, penulis rasa belum sampai ke mana. Kenapa penulis berkata begitu, cuba kita lihat staduim-staduim di negara kita berbanding di negara luar. Sedih melihat stdium yang besar dibina, tetapi yang datang melihatnya hanyalah dua tiga kerat sahaja. Jika kita nak bandingkan dengan Liga Perdana Inggeris, jauh panggang daripada api. Kenapa? pertama liga depa ( EPL ) , ada tiket bermusim yang penulis rasa sentiasa habis. Tiket kita? Selain itu, liga kita sehingga sekarang tidak kemana. penulis pun hairan sejak penulis berumur 12 tahun sehingga sekarang , penulis lihat tahap permainan pemain-pemain Malaysia masih ditakuk lama. Kita rasa bangga dengan Safee Sali , Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar? Penulis rasa tahap permainan mereka masih berada dalam liga diviyen 3 di kelab eropah.

Kita dok bising-bising pasal apa negara kita masih gagal layak ke sukan olimpik sedangkan skuad 70an dan 80an boleh lakukanya. Minta maaf , penulis hanya bagi pendapat. Jika kita masih dok ingat zaman-zaman yang masa itu Korea Selatan, China, Jepun dan negara-negara Asia lain masih terkial-kial belajar main bola, negara kita gah dengan bola sepak. Namun begitu, kita lihat bagaimana negara-negara yang penulis sebutkan tadi. Mereka hari ini kuasa dunia bola sepak. Bukan sahaja tidak mahu layan pelawaan Malaysia untuk perlawanan persahabatan, malah taraf mereka sangat jauh. Usah pandang bola sepak, permainan hoki pun sama malah sekarang Korea akan menjadi salah satu kuasa dalam permainan takraw. Bagaimana kita ingin mengubah mentaliti pemain kita dan penduduk Malaysia mengenai taraf bola sepak kita.Kita perlu transformasi dalam sukan bola sepak ini. usah bercakap tentang transformasi tentang ekonomi dan lain-lain. lihat juga sukan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online